Pengerusi Daerah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana melayari laman web rasmi PUSPANITA Daerah Sik, Kedah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. 

Sebagai Pengerusi PUSPANITA Daerah Sik, saya berharap dengan adanya laman web ini dapat menyalurkan semua aktiviti dan program anjuran PUSPANITA serta diharapkan program-program tersebut dapat memberi kesan yang positif kepada semua ahli dari aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan slogan "Wanita Sepakat, Negara Meningkat".

Akhir kata, saya berharap agar PUSPANITA Daerah Sik akan terus bergerak aktif dalam menganjurkan program dan aktiviti yang dapat memberi ilmu pengetahuan di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan khususnya serta masyarakat amnya.

Terima kasih.

Datin Hajah Norkazimah Binti Abdul Majid
Pengerusi PUSPANITA Daerah Sik

No comments:

Post a Comment

Pengumuman / Hebahan

Program Bual Bicara Kesihatan Wanita
Anjuran Biro Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga Puspanita Negeri Kedah Dengan Kerjasama Puspanita Daerah Sik


Tarikh : 1 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Al-Hana, Sik

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *