Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh,

Inisiatif PUSPANITA Negeri Kedah membangunkan sebuah laman web ini di lihat sebagai salah satu langkah positif ke arah mendekati masyarakat , harapan saya laman ini akan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli yang berada di seluruh pelusok negeri, yang terdiri dari gabungan ahli seumur hidup, pegawai dan kakitangan wanita, serta isteri-isteri pegawai yang sedang berkhidmat. Saya juga berharap, melalui laman ini, segala informasi, aktiviti dan maklumat terkini akan dapat disebarkan dan di kongsi secara bersama demi kepentingan semua, di mana ia juga di harapkan akan menjadi penghubung secara maya antara sesama ahli. Akhir kata , saya mendoakan agar semua ahli akan terus bertekad dan komited di dalam menjalankan aktiviti di samping memastikan tanggung jawab kita sebagai penjawat awam akan terus di laksanakan demi pembangunan dan kemakmuran negeri yang kita sayangi.
Salam hormat,
YB DATO’ PADUKA HAJI BAKAR BIN DIN, DSDK., AMK., BCK., BPL.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman
No comments:
Post a Comment